Laporan Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,
83000 Batu Pahat, Johor
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam, Johor telah menganjurkan perkhemahan unit beruniform pada 21 hingga 23 April 2016. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Kampung Johor Lama, Kota tinggi. Perkhemahan ini disertai oleh 72 orang murid dan 8 orang guru.Pada pukul 12 tengah hari, para peserta perkhemahan bergerak dari sekolah dengan menaiki bas. Mereka tiba di tapak perkhemahan pada pukul 5 petang. Sampai di tapak perkhemahan, para peserta diberi taklimat dan mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.
Setelah menguruskan diri, peserta perkhemahan telah menikmati juadah minum petang yang disediakan dan bersiap sedia untuk ke masjid yang berdekatan.
Pada sebelah malamnya pula, kami mendengar ceramah yang disampaikan oleh Encik Faizal. Kami juga dihiburkan dengan permainan yang memerlukan kemahiran fokus yang tinggi.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah kembara malam yang bertujuan untuk memberanikan diri untuk meredah hutan pada waktu malam. Selain itu, pertandingan memasak, E-Lead assignment, bergotong-royong, meredah kampung dan acara senamrobik turut diadakan. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan berbentuk aktiviti berkumpulan yang menekankan semangat setiakawan yang utuh.
Pada hari terakhir perkhemahan, para peserta dikehendaki membersihkan tapak perkhemahan. Sebelum perasmian penutup dilakukan, setiap kumpulan diberikan sebuah hamper. Semua peserta berpuas hati kerana memperoleh pengalaman yang amat berharga.
Laporan disediakan oleh,
(ELLEA MAISARA BINTI WIRZAFELDI)
Peserta Perkhemahan Unit Beruniform
Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam,
83000 Batu Pahat, Johor.